Assalamualaikum..
"Untuk mendapatkan ilmu lihat pada bekasnya. Sekiranya bekas sebesar cawan, sebanyak mana sekalipun air yang dicurahkan sehingga melimpah, airnya tetap sebanyak itu. Sekiranya bekas sebesar baldi, sebanyak itulah air yang terkumpul dan begitulah selanjutnya"
Begitulah analogi yang diberikan oleh seorang guru lama kepada anak muridnya. Ilmu itu ibarat air dan bekas itu ibarat empunya diri. Sebanyak mana sekalipun ilmu yang dicurahkan oleh guru lama tetapi bekasnya hanya sebesar cawan, maka sebanyak itulah ilmu yang diperolehi. Setiap daripada kita mempunyai bekas yang berbeza dan saiznya boleh berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan keperluan. Ingat pesan guru lama!
1 komen