Cepat sangat sampai tak terpikir nak tulis ape.. Hmm.. Harap malam ni tak hujan sebab nak berbbq sambil tengok harimau malaya belasah singapore 3-0..
Assalamualaikum..
Berapa kerap kita marah dalam sehari? Samada marah pada diri sendiri atau marahkan orang lain.. Dalam kehidupan seharian kita lihat bos marahkan pekerja, pekerja marahkan bos, kawan marah kawan, ibu bapa marahkan anak-anak, anak-anak kurang ajar marahkan ibu bapa, marahkan pegawai penguasa, kemarahan rakyat kepada pemimpin dan sebagainya. Biasanya mereka dimarahi atas kesilapan yang dilakukan dan mereka yang memarahi pula kerana haknya terganggu.
Siapa suka kalau kena marah kan.. Tipu kalau katakan ada orang suka kena marah. Walaupun luaran nampak cool je tapi dalam diri tetap ada kesan. Perasaan geram, emosi tak stabil, dendam, cakap belakang.. iu yang kerap berlaku sekiranya kita menilai dari sudut negatif. Tapi sekiranya kita menilai dari sudut positif, dengan fikiran yang waras, ada hikmah disebaliknya setiap kejadian yang berlaku.
Samada sedar atau tidak, apa yang berlaku adalah didikan langsung dari Allah Taala. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang Allah Taala kepada kita..
Assalamualaikum..
Kadang-kadang bila kita berada di suatu tempat tiba-tiba menyebabkan diri kita insaf buat seketika. Pernah kan? Antaranya melihat kemalangan ngeri, melawat jenazah, berada dalam masjid, ziarah kubur, melihat kaabah, berada di puncak gunung, sesat dalam hutan, melihat anak kecil, melihat orang kurang upaya, berada di rumah anak yatim, duduk di tepi pantai, melawat tempat bersejarah, melakukan kerja-kerja amal dan sebagainya.
Antara tempat yang membuatkan aku insaf seketika ialah di sini...
sumber: google
WAD HOSPITAL
Assalamualaikum..
Hah? Apa yang patah?.. patah gigi.. patah hati.. patah tangan.. patah tengkuk sampai kena pakai support..?
Buat ke sekian kalinya kad aku dalam dompet patah lagi. Dah banyak kad bank aku patah.. Yang baru ni pun dah nak patah dua. Hmm.. lari topik jap..
Aksesori yang biasanya aku bawak bila keluar.. Jam tangan pakai tangan kiri, handphone poket kiri depan, kunci poket kanan depan, dompet poket kanan belakang dan sikat poket kiri belakang. Serius kalau tukar tempat rasa tak selesa sebab dah terbiasa..
Ok.. sambung balik. Adakah punggung aku setajam pisau sehingga berjaya mematahkan kad dalam dompet? Hahaha.. Hmm.. atau perlu ke jadikan handbag sebagai aksesori tambahan..? Auww..
Betul tu.. tapi saya ada perancangan lain.. nak kawin lagi..
Gadis Manis:
Takpe.. sikit je tu.. bla.. bla.. bla..
Monolog:
Kat setiap cawangan ada kan..
Gadis Manis:
Haah.. bla.. bla.. bla..
Monolog:
Nanti ada masa saya terus pergi kat cawangan yang terdekat..
Gadis Manis:
Tapi encik kita buat melalui telepon.. bla.. bla.. bla..
Monolog:
Kalau gitu boleh beri masa saya fikir dulu..
Gadis Manis:
Tapi encik.. bla.. bla.. bla..
Monolog:
Bagi masa saya fikir dulu k..
Gadis Manis:
Hmm.. terima kasih beri masa ya.. bla.. bla.. bla..
Mesti korang pernah alami perkara sama kan. Aku respect betul gadis manis ni dengan kepetahan beliau berkata-kata. Lancar dan tak tersasul langsung. Memang niat aku tak nak masuk pun tapi tak sampai hati nak letak telepon. Dalam tempoh 10-15 minit perbualan aku rasa bahagian aku 2 minit je.. selebihnya dia punya..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. 2, 3 hari ini ramai orang hati senang sebab gaji dah masuk termasuklah aku. Macam biasa aku akan buat perancangan untuk pengurusan kewangan diri macam formula di atas.
PENDAPATAN $$$ - SIMPANAN $ = BELANJA $$
Dapat je gaji kena settle perkara penting dulu.. bayar kereta, sewa rumah, bayar bil, duit kampung, maintenance dan kemudian agihkan duit untuk makan. Untuk simpanan biasanya masukkan ke dalam tabung haji siap-siap sebab tak nak campur sekali dengan duit belanja. Target aku untuk simpanan 1/3 daripada gaji tapi memang payah nak capai kalau takde komitmen yang tinggi. Baki yang tinggal baru buat belanja. Senang kan..
Tapi kadang-kadang atas kertas memang nampak cantik. Sampai hujung bulan duit cukup-cukup makan kalau mengharapkan gaji semata-mata. Sebab tu kita kena cari alternatif sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam aku ni lagi la.. nak cari duit untuk kahwin lagi... Oh! mama.. aku mahu kahwin.. !!
Assalamualaikum..
Engkau hadir tanpa pinta,
Tika itu... Hadirmu satu anugerah.
Engkau ucap tanpa kata,
Tika itu... Hanya tangisan membelah ruang.
Engkau menapak tanpa jejak,
Tika itu... Hanya tangan mengapai awan.
Engkau sentuh tanpa belaian,
Tika itu... Sentuhanmu sesuci hatimu.
Akhirnya engkau pergi tanpa pesan,
Dan tika itu...
Kelahiranmu disambut kepulangan.
Assalamualaikum..
Ini kali kedua blog aku dibuka secara khusus untuk dikritik. Kali pertama kena kaw-kaw kat SINI. Selamat menjadi pengkritik yang berhemah. Nak join sila klik SINI.
Assalamualaikum..
Makna itu pengertian
Pengertian bagi suatu maksud
Tanpa makna
Pengertian itu kosong
Maksud terbantut
Semuanya serabut
Dengan makna
Pengertian itu jelas
Maksud terurai
Kekusutan terlerai
Makna tanpa makna
Pengertian jadi songsang
Di kala itu...
Maksud tidak lagi bernilai
Assalamualaikum.. Pagi!
Anda pemandu berhemah? Kadang-kadang ya, selalunya tidak.. Hehe. Biasanya kalau kita tengah memandu kemudian ada kereta memberi signal untuk masuk ke laluan kita, apa tindakan kita seterusnya? Memberi laluan atau merapatkan kenderaan kita ke kenderaan dihadapan. Kebanyakannya terjadi di traffic light, di persimpangan jalan dan jalan sesak. Pemandu tersebut berharap agar kita memberi laluan tetapi kita dengan ego teruskan jalan macam biasa.. Banyak berlaku tapi bukan semua pemandu begitu. Sebab orang yang ego biasanya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Kadang-kadang masa tu jugak Allah Taala memberikan pengajaran.. Selamat bertugas!
Assalamualaikum.. Pagi!
Jumaat lepas office aku ada buat sesi penambahbaikan modal insan berkenaan tajuk pengurusan ekonomi dan menjemput seorang ustaz untuk beri ceramah. Ini adalah salah satu usaha pihak pengurusan untuk membentuk jiwa dan peribadi para pekerja.. tapi ramai jugak staff yang tak hadir. Aku pun masuk agak lewat.. but better late than never.. :)
Part yang agak best apabila ustaz menyentuh berkenaan bulan puasa. Katanya masa zaman Rasullullah S.A.W, baginda akan mengucapkan tahniah kepada para sahabat apabila hampir menjelang bulan ramadhan kerana mereka berjaya untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Sepatutnya sekarang kita ikut contoh baginda dengan menghantar ucapan sms, masjid-masjid pasangkan banner dan sebagainya.
Tapi kalau kita tengok sekarang pasaraya Tunas Manja, Giant.. diorang dah awal-awal lagi pasang banner ucap selamat berpuasa.. Lagi advance dari orang islam..
Assalamualaikum..
Suatu ketika dulu guru aku pernah berpesan,"...jangan miskin cita-cita...". Apa yang aku faham dari kata-kata beliau ialah untuk berjaya dalam hidup kita kena ada banyak cita-cita, kena pasang impian dan ada matlamat yang jelas. Hidup kena ada visi dan misi. Fikiran kena sentiasa terbuka dan positif - dah macam motivator la pulak kan.
Ok. Dulu aku pernah pasang impian untuk buat sajak sehari sekali. Masa tu memang tengah semangat dan berjaya siapkan 3 dalam masa 3 hari.. Maknanya dalam sebulan dapat dalam 25~30 keping. Target nak buat 1000 kemudian bukukan jadi harta pusaka. Hari keempat dah takde idea.. hari kelima... dan hari seterusnya terus senyap. Semangat pun hilang entah ke mana.. Kemudian pernah pasang impian nak jadi tukang masak lepas tengok cerita korea. Lupa dah tajuk dia.. Pasal perempuan sihir tu. Impian sekadar mimpi je...
Itulah banyak cita-cita sampai jadi angan-angan mat jenin..
Assalamualaikum..
Hari ini aku berlari
Esok belum pasti aku mampu berdiri
Hari ini aku temui
Esok belum pasti aku mampu mencari
Hari ini puncak gunung ku tawan
Esok belum pasti kaki bukit mampu ku daki
Hari ini selautan ku redah
Esok belum pasti anak sungai mampu ku rentasi
Hari ini aku berkawan
Esok belum pasti musuh mampu ku lawan
Hari ini aku ketawa
Esok belum pasti kegembiraan itu mampu ku rasa
Hari ini aku mengarang
Esok belum pasti pena mampu ku pegang
Hari ini aku berbicara
Esok belum pasti aku mampu bersuara
Hari ini aku hidup
Esok belum pasti aku mampu bernyawa
Satu kepastian
Kematian bukan satu pilihan
Samada hari ini atau esok
Mati itu pasti
Assalamualaikum.. Pagi!
Alhamdulillah.. Emak aku dapat cucu kedua. Namanya Sharifah Qaisara Raudhad. Orang sekarang suka letak nama panjang-panjang kan tapi panggil Sara je. Cucu pertama nama Puteri Awatif Batrisyia dan panggil Atif.. Hehe. Pun panjang jugak 3 perkataan. Dah nak masuk 2 tahun. Dua-dua anak buah aku ni perempuan. Tak kesian ke kat anak nanti bila dah besar nak tulis nama sendiri panjang-panjang.. Hurmm..
Yang baru keluar tu akak dan sorang lagi abang. Aku anak yang ke-3. Kalau ikut turn lepas ni aku la pulak kahwin. Mak aku pun dah doakan supaya cepat kahwin. Amin.. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Lagipun muda lagi.. Calon pun takde lagi. Haha.. Tengah kumpul bajet la ni mak..
Member aku dapat anak rileks je bagi nama anak Nuh.. Bukan 3 perkataan tapi 3 huruf je. N-U-H.
Kan senang di kemudian hari. O_o
Assalamualaikum..
Soalan cepu emas yang biasanya ditanya semasa sesi temuduga.
Apakah kelebihan yang ada pada diri anda?
Mudah kan? Ok.. Cuba jawab..
Nampak mudah tapi kadang-kadang tergagap jugak nak jawab.
Baru-baru ni semasa berborak dengan officemate:
Officemate:
Masa aku interview dulu Puan HR tanya apa kelebihan aku.
Monolog:
Apa ko jawab?
Officemate:
Kelebihan aku.. aku belajar dari kesilapan. Setiap kali aku buat silap aku akan tengok balik kat mana kesilapan aku. Dari situ aku belajar dan tak akan ulangi kesilapan sama.
Monolog:
Best bro jawapan tu. Nanti boleh aku pinjam ayat tu.. hehe
Kelebihan aku? Hmm.. Biasanya aku akan lihat kepada pekerjaan yang dimohon. Contohnya baru-baru ni semasa hadir satu temuduga untuk jawatan sebagai pegawai pemeriksa, jawapan yang diberikan "aku seorang yang tegas", kemudian beri penerangan "apabila tugas melibatkan penguatkuasaan memerlukan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas".
p/s: tahniah buat harimau malaya kalah bermaruah 3-5 kepada singapura!!
Assalamualaikum..
Kalau tengok pada profile on blogger since august 2008 tapi first entri 26-06-2011. Fuhh! Dasyat!! Memang betul dah lama dah blog ni wujud sampai aku sendiri pun tak perasan. Bila nak create blog baru.. baru tahu ada. Dulu-dulu aku pernah guna wordpress kemudian rasa applikasi, wigets dan lain-lain rasa tak best so beralih angin pulak guna blogspot tapi masa tu tak tahu nak setting macam mana (sekarang ni boleh la pulak kan). Kembali la guna wordpress semula sampai blog tu kena tutup sebab tak aktif (sendiri delete sebenarnya) setahun lepas. Begitulah alkisahnya..
Aku umpamakan diri sebagai... dugong? Biar betik!! Hahaha.. Mulanya aku nak gambarkan diri aku seorang yang tenang tapi memandangan ketenangan tak dapat nak digambarkan so aku amik gambar Si Tenang a.k.a dugong sebagai perumpamaan.
Assalamualaikum.. Pagi!
Satu lagi buku menarik yang ingin dikongsi.. Selamat membaca!
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Cinta... Satu perkataan yang memberikan 1001 makna. Kata orang, cinta sejati memerlukan pengorbanan. Semakin tinggi tahap pengorbanan, semakin bermakna erti cinta, semakin tinggi tahap kesabaran yang perlu dihadapi dan barulah cinta itu dihargai. Cinta merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia untuk dihayati bukan untuk menyakiti, untuk dikasihi bukan untuk memusuhi. Oleh sebab itulah, manusia tidak boleh menolak cinta kerana cinta merupakan fitrah dalam kehidupan. Persoalannya di sini, cinta yang bagaimana?
Setiap individu mempunyai definisi cinta yang tersendiri. Bagi aku, cinta yang paling dekat denganku ialah diri sendiri. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Maka untuk mengenal diri, bercintalah dengan diri sendiri dengan penuh kasih dan sayang serta tidak zalim kepada diri. Kemudian barulah cinta itu disemaikan ke persekitaran. Tetapi kadang-kadang bukan semua cinta yang disemai akan memberi hasil yang memuaskan. Bersyukurlah dengan apa yang ada…
Sesungguhnya cinta itu sangat-sangat cantik. Cinta juga teramat indah dan cinta juga kadang-kala nakal, hehe… tetapi tanpa batas-batas agama… lu pikirlah sendiri. Itulah makna cinta.
Pengurusan cinta adalah perlu supaya cinta yang dicari tidak terkeluar daripada landasan yang telah digariskan oleh agama. Bukan cinta yang merosakkan kehidupan manusia tetapi manusia yang menghancurkan kesucian cinta.
Assalamualaikum..
"Untuk mendapatkan ilmu lihat pada bekasnya. Sekiranya bekas sebesar cawan, sebanyak mana sekalipun air yang dicurahkan sehingga melimpah,airnya tetap sebanyak itu. Sekiranya bekas sebesar baldi, sebanyak itulah air yang terkumpul dan begitulah selanjutnya"
Begitulah analogi yang diberikan oleh seorang guru lama kepada anak muridnya. Ilmu itu ibarat air dan bekas itu ibarat empunya diri. Sebanyak mana sekalipun ilmu yang dicurahkan oleh guru lama tetapi bekasnya hanya sebesar cawan, maka sebanyak itulah ilmu yang diperolehi. Setiap daripada kita mempunyai bekas yang berbeza dan saiznya boleh berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan keperluan. Ingat pesan guru lama!
Assalamualaikum..
Ini kisah Si Orang Tua. Usianya kini menjengah pencen. Gerak langkahnya lagak pahlawan. Penampilannya jangan dipersoal. Percakapannya kurang lancar, tapi pegalaman kerja jelas terpancar sebagai seorang juruteknik. Dahulu dirinya digelar coach kerna mengajarku bermain badminton. Itu dulu, cerita lama. Oh lupe.. Rosli Mahadi namaya a.k.a En. Li..
Tapi Si Tua ini sangat beremosi. Faktor umur barangkali.. 'Bodoh!' itu ungkapan biasa baginya. Tanpa mengenal pangkat dan darjat. Diherdik umpama 'orang bawahan'nya padahal orang itu berjawatan tinggi. Kesian.. Kesian Si Tua ini. Masih belum mengenal dunia walaupun dirimu diragut usia. Masih belum mengenal langit.. tinggi atau rendah.
Semoga Allah Taala melembutkan hatimu dengan penuh sifat pengasih dan penyayang..
Baru la jugak mengaktifkan diri untuk berblog. Blog kawan biasa-biasa ja.. Selamat bersegmen!
Assalamualaikum..
Bangsa China gah dengan tanah besarnya..
Bangsa India pula dengan negaranya sendiri..
Bangsa Melayu.. Tanahnya cuma sekangkang kera..
Bumi dipijak kini milik orang.
Assalamualaikum.. Pagi!!
Pekerjaan itu satu amanah manakala amanah itu satu tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat. Nampak macam mudah tapi nak laksanakan sangat susah dicampur pulak dengan gangguan nafsu, syaitan dan manusia di sekeliling kita.
Kita dibayar gaji untuk berkerja contohnya selama 8 jam, pergi kerja 8 pagi dan balik 5 petang. Dalam tempoh 8 jam berapa lama masa yang digunakan untuk bekerja? Hmm.. Minum pagi, update blog, bergosip, mengular, hisap rokok, rehat dan seangkatan dengannya. Jadi.. berapa lama masa yang tinggal untuk bekerja. Ingat! Kita dibayar selama 8 jam untuk bekerja. Itulah beratnya amanah. Belum lagi tanya soal amanah kita sebagai khalifah di bumi Allah Taala ni.
Tapi bila dah mengadap screen komputer ni tangan terasa gatal la pulak nak intai-intai blog kejap. Aku hanyalah insan biasa yang tak bisa melakukan kesilapan. Selamat berkerja dengan hati yang ikhlas!
Assalamualaikum..
Semalam berlangsung sesi mendengar amanat daripada datuk CEO untuk suku ke-3 tahun 2011. Pada masa yang sama berlangsung anugerah pekerja cemerlang dan memberi sumbangan kepada pekerja yang bersara, 4 orang semuanya. Tak minat nak ulas amanat orang politik yang suka putar belit ni. Memang cakap tak serupa bikin punya orang. Ok.. Habis pasal orang politik. Nak cakap lebih pergi SINI. Cerita pasal pekerja cemerlang pulak..
Ada yang betul-betul cemerlang dapat anugerah. Tahniah!! Ada yang tak cemerlang tapi dapat juga anugerah cemerlang. Hmm.. Walaupun ramai yang tepuk tangan masa diorang naik ke pentas, samada satu pujian atau satu kejian.. Tepuk dada tanya selera sendiri. Ok.. pasal bersara pulak..
Ada kisah menarik disebalik salah seorang calon bersara ni. Nama dia Esa Bin Mostam dan merupakan seorang pelukis pelan kanan. Nama panggilan Encik Esa dan bersara wajib umur 55 tahun bulan 8 ni. Orangnya memang baik, peramah, mesra alam dan banyak harta + handsome. Hebatnya beliau dari sudut kerja ialah beliau melukis pelan hanya menggunakan microsoft word. Wah memang hebat! Aku pun kagum. Sekali pandang macam guna perisian AutoCad.
Apa yang lebih menarik ialah beliau belum kahwin lagi!! Masih bujang trang tang tang.. Ok. Sekian..
Assalamualaikum...
Umno dan Pas hanyalah parti politik yang diilhamkan oleh manusia atau ciptaan manusia. Ilham dan ciptaan manusia akan lenyap bila tiba masanya. Ciptaan manusia tidak akan mampu mengatasi ciptaan Allah SWT. Apa yang cipta oleh Allah SWT, dunia dan seisinya, juga akan musnah suatu hari ini apabila berlaku kiamat. Yang akan kekal hanya Allah SWT Maha Berkuasa dengan segala apa yang telah dicipta dan akan diwujudkan. Justeru, sebagai makhluk ciptaanNya, janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh.
Seperti kenyataan aku di sini, aku menulis bukan kerna nama, bukan untuk dapatkan follower semata-mata, bukan sahaja untuk berkongsi dan menerima idea dan cerita, bukan mencari populariti... tetapi lebih kepada untuk mengaktifkan otak dari terus tepu dan berkarat.
Pertama, semasa aku berblog otak secara tak langsung akan terus berfikir untuk menghasilkan entri seterusnya dan seterusnya. Daripada idea-idea ini kemudiannya bertukar dalam bentuk penulisan. Penulisan juga perlu kreatif supaya tidak bosan, mengarut dan berulang-ulang. Semuanya perlu berfikir dan menggunakan otak.
Kedua, otak juga akan aktif apabila melakukan aktiviti blogwalking. Dalam banyak-banyak blog yang aku lawat akan ada 1001 maklumat untuk diproses oleh otak. Ini juga secara tak langsung akan mengaktifkan sel-sel neuron dalam otak untuk terus bergerak dan berfikir.
dan yang ketiga adalah berfikir untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang mana masih belum tercapai..
Assalamualaikum..
Aku juga lelaki yang punya hati dan perasaan. Layan... O_o
Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...
Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...
Assalamualaikum.. Fuhh! Penat camping semalam tak hilang lagi.
Pengalaman adalah guru terbaik mengajar tentang kehidupan. Pengalaman yang baik dijadikan pedoman manakala pengalaman yang kurang baik dijadikan sebagai peringatan dan sempadan supaya kita menjadi lebih peka. Semalam dapat pengalaman baru pergi tarik pukat. Ada yang pernah buat? O_O
Nampak macam senang tapi bila buat baru tahu penat. Mula dalam jam 10 malam sampai pukul 1.30 pagi. Masuk pantai, kemudian buat pukat bentuk curve dan tarik ke pantai, seterusnya ulang-ulang sampai pagi. Syok ooo... Tapi ikan tak dapat banyak sebab baling dekat dengan pantai. Lepas ni plan naik bot pulak boleh baling jauh sikit. Patut la kalau tengok tangan nelayan dah tak payah pergi gym sebab hari-hari tarik pukat.
Untungnya berkawan dengan orang latar belakang pelbagai walaupun dengan tukang sapu sampah atau orang bawahan di tempat kerja dan jangan terlalu memilih kawan. Sebab pengalaman hidup mereka berbeza dangan kita dan ada yang sudi berkongsi pengalaman. Gunalah peluang yang ada sebaik mungkin.
Dunia ini tidak adil? Kadang-kadang sesuatu yang sepatutnya menjadi milik kita tetapi orang lain pula yang dapat. Kebaikan yang kita beri langsung tidak dibalas. Bukan setakat senyum, pandang pun tidak. Kalau nak mengharapkan mereka mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan memang susah kan. Walaupun pada awalnya niat kita ikhlas tetapi bila dibalas sedemikian rupa, tergugat juga keikhlasan tu.
Kita memang akan sentiasa sakit hati kalau sering mengharapkan penghargaan orang lain. Sedangkan pada Allah Taala pun kita jarang mengucapkan terima kasih ini kan pulak sesama manusia. Berapa banyak nikmat yang Allah Taala pinjamkan kepada kita dan hanya sedikit sahaja yang bersyukur termasuklah diri ini. Inilah sifat manusia yang tidak puas dengan apa yang ada.
Oleh itu kurangkan merungut dan banyakkan bersyukur. Dunia ini memang tidak adil sebab itu adanya hari akhirat, yakni hari pembalasan.
p/s: bukan senang seseorang nak merajinkan diri memberi komen dalam blog kita. Ucaplah terima kasih walaupun sekadar memberi senyuman :)
Assalamualaikum..
"...Kau belum bersedia. Kalau syaitan dan nafsu belum diperangi, jangan berani memerangi orang lain..." ikuti sambungan DISINI.
Kata orang diri kita 5 tahun akan datang dicorakkan dengan apa yang kita baca hari ini. Pernah dengar? Ok. Untuk memahami perempuan, lelaki perlu tahu cara perempuan berfikir dan begitulah sebaliknya. Itulah yang cuba diterangkan dalam buku ini yang ingin dikongsi pada hari ini. Hmm.. Dah berbulan la jugak beli buku ni tapi tak habis baca lagi dah baca buku lain. Boleh dapatkan dalam versi bahasa melayu atau english. Selamat membaca.
Aku memang pencinta wanita tapi ku bukan biawak buaya. Semenjak mula berblogging pada 26-06-2011, aku dikelilingi golongan wanita samada dari kalangan budak sekolah, IPT, ibu-ibu, tentera, profesional dan yang menganggur pun ada. Walaupun golongan sespesis pun ada tapi minoriti. Kebanyakan daripada mereka pengikut setia B.A sebab aku pun bermula dari situ. Mungkin rata-rata follower B.A terdiri daripada kaum hawa? Hmm.. maybe la kan..
2 hari lepas sahabat baik aku baru je kehilangan bonda tersayang. Setelah menjalani beberapa siri kemoterapi, akhirnya rohnya kembali mengadap Ilahi. Dalam gurau ada senda, dalam suka ada duka. Setiap saat di sekeliling kita samada kita sedar atau tidak kematian pasti berlaku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. ~Al-Fathihah~
Kadang kala apa yang ada dihadapan kita tidak dihargai, tetapi bila kehilangan baru terasa kehadirannya. Belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat walaupun tak dapat apa yang kita suka. Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup! Aku pencinta wanita.
Assalamualaikum..
Berita baik buat warga kuantan dan sekitar dengannya. Peluang perniagaan baru kepada sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatan sampingan dengan menjadi pengedar kepada produk-produk berikut:
1. Losyen Anti Radiasi
2. Jaket Kulit & Seluar Kalis Radiasi
3. Sabun Basuh Anti Radiasi
4. Alat Pengesan Radiasi
5. Cat Rumah Anti Radiasi
6. Pewangi Anti Radiasi
dan beberapa lagi produk berkaitan anti radiasi. Untuk maklumat lanjut sila jerit di Lepak Corner.
Simple kan dan menjawab soalan. Aku bukan jenis suka meluahkan perasaan. Bercouple lepas kahwin bagi aku lebih baik ^^,
Assalamualaikum..
Sedar tak sedar tahun 2011 dah masuk fasa ke-2. Pejam celik pejam celik dah nak puasa pun. Tinggal beberapa hari je lagi. Bila sebut bulan puasa apa yang korang risau dulu? Hmmm... Mestilah persiapan untuk menyambut raya kan.. kan.. :) Dah buat checklist untuk raya tahun ni? - baju raya, kasut raya, kuih raya, tudung raya, songkok raya, duit raya, etc.. Tokey kedai baju pun dah banyak tolak tempahan sekarang.
Sumber dari pakcik G
Macamana pulak dengan persiapan untuk menyambut puasa?
Kepada blogger-blogger yang baru nak mula ataupun masih mencari identiti untuk menghiasi blog korang, berikut ialah beberapa komen sepanjang segmen 'Bro, Kasi Kritik Blog Gua Skit, Bleh?' sebagai panduan dan penambahbaikan kepada blog-blog yang sedia ada:
1. Simple dan teratur
2. Senang loading, ringan macam kapas
3. Disable word verification untuk mesra pengguna
4. Pop up window untuk ruangan komen
5. Kemas, padat dan menarik
6. Mempunyai quote yang menarik
7. Penggunaan tulisan untuk entri dan sidebar yang jelas
8. Widget tak banyak dan melampau
9. Meletakkan gambar untuk menampakkan kepelbagaian
10. Penggunaan warna tulisan yang bersesuaian dengan background
11. Besarkan sikit ruangan entri
12. Memilih background yang sepadan, cantik dan menarik
13. Meletakkan header
14. Blog terlalu simple (simple sangat pun satu hal jugak)
15. Susun widget mengikut keperluan
16. Penggunaan saiz font yang normal
17. Ceriakan blog dengan warna yang menarik
18. Meletakkan shoutbox untuk tempat melepak
19. Blog yang bersih dan tambahkan ajk keceriaan
dan akhir sekali pengkritik pilihan jatuh kepada Tyntha Lana :), no 20.
Semua org bermula dri zero kan? samala lana..lana ad jenguk beberapa entry yang Episod 1-7, overall,ok. cuma, diawal2 berblogging ni,seimbangkan ant Blogwalking dgn join segmen/contest blogger lain. Lana masa awal2 dulu, takda sapa nak tegur bab ni. Kalau tujuan awak buat blog untuk tarik minat org singgah n baca entry2 kat sini, buat permulaan ni, setiap entry yg awak bt, promotekan ia di blog2 lain..ajak mereka dtg baca. Esok,bila da stabil skit..join balik mana2 segmen untuk tmbh kenalan baru.
Hehe. Panjangkan si Lana ni kritik. Tu pun tak habis lagi. Kepada lain-lain yang mengkritik, terima kasih atas sokongan anda semua dan tak lupa juga brader Ben atas segmen beliau.
Yang atas tu sebagai panduan je. Tak semestinya kena ikut kan. Good Luck!
Assalamualaikum..
Ini bukan pasal toyol yang kecik-kecik, botak, green color dan suka curi duit orang tu. Tapi kisah toyol yang masuk sekolah punya. Kadang-kadang sekolah rendah pun ada, sekolah menengah dan sampai peringkat U pun ada jugak. Biasanya masa exam memang banyak la orang bela toyol ni. Ngerti kamu?
Aku pun pernah buat dulu. Bila nak exam je ada la selit mana-mana nota kat tempat 'sulit'. Makin tinggi belajar makin tinggi la tahap kreativitinya. Ada yang masukkan celah pen, dalam poket, tulis kat tangan dan yang agak menghina sorok nota dalam tandas. Memang kreatif dan inovatif.
Itu kisah dulu-dulu. Tapi kalau fikir soal keberkatan, agak-agak berkat tak? Contohnya jika si polan ni mula meniru di peringkat sekolah menengah lagi. Dapat sijil SPM hasil meniru. Kemudian masuk ke U hasil daripada keputusan SPM meniru. Setiap exam selama 4 tahun belajar si polan suka meniru. Seterusnya dapat certificate hasil daripada meniru. Habis belajar dapat kerja menggunakan kelulusan U. Dapat hasil/gaji digunakan untuk makan, beli itu beli ini, kahwin dan seterusnya dapat anak. Nampak berantai kan?
Si anak seterusnya mewarisi kehebatan bapaknya yang suka meniru tapi kurang sikit kreatifnya sampai terkantoi. Bila bapaknya dimaklumkan cikgu anaknya kena cekup sebab meniru masa exam... (dah meleret-leret la pulak kan. Kalau buat segmen sambung cerita ok gak ni)
Moralnya kepada korang yang still belajar ni kan sampai la ke peringkat U, buanglah tabiat suka meniru ni. Happy sekarang tapi merana kemudian. Mungkin sekarang ni tak nampak kesannya. Bak kata Stephen Covey, "Begin with the end in mind".
Thanks Miss Niena tolong promosikan blog kawan.. :)
Assalamualaikum..
Masih ingat lagi cerita ni dalam tahun 90an? Kisah pengembaraan Fantaghiro dan rakan-rakan menentang ahli sihir yang jahat durjana. Ada watak batu bercakap, orang cendawan, Dark & White Witch, Darken, Tarabas, Romualdo, Bolt & Lightning, rumah gula-gula dan lain-lain.
Srikandi Fantaghiro
Dulu-dulu cerita ni memang top favourite movie la lebih-lebih lagi tengok muka Fantaghiro yang comey tu kan. Tapi sekarang kalau layan semula rasa nak gelak pun ada. Hehe..
Blog ni pun baru masuk 2 minggu. Hijau lagi.. Selamat berkenalan :)
Assalamualaikum..
Apa tanda melayu jati
Bersama islam sehidup semati
Apa tanda melayu jati
Islam melekat di dalam hati
Apa tanda melayu bertuah
Sebarang laku menurut sunnah
Apa tanda melayu bertuah
Hidup mesti bersama aqidah
Apa tanda melayu berakal
Dalam islam dia beramal
(disampaikan oleh Mohd Noor Hj Abdul Samad)
Alhamdulillah.. Keharmonian negara tercinta ini masih terpilihara dengan izin Allah S.W.T. Seorang guru tua pernah memberitahu bahawa kita amat bertuah kerana di negara ini masih ada manusia hebat yang mana doanya masih dimakbulkan Allah.
Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad perpaduan bangsa dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan. Orang melayu mesti memahami sejarah yang dilalui oleh orang melayu di tanah melayu, negaranya sendiri supaya dia tidak mengelirukan bangsanya sendiri. Bangsa yang tidak mengenal sejarahnya akan bernasib malang kerana bangsa itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan dan tragedi lampau yang menimpa nasib bangsa itu. Selama 500 tahun barulah orang melayu menerima makna sebenar sebuah kemerdekaan di dalam negaranya sendiri.
Apakah peranan kita kini sebagai pewaris kepada sebuah bangsa hebat suatu ketika dahulu sehinggakan dicemburui oleh bangsa penjajah?
Assalamualaikum.. Selamat bercuti hujung minggu!
Kenapa baru sekarang mula berblog? Why now?
Kalau ikut sejarahnya dulu-dulu aku dah mula berblog menggunakan wordpress hampir 2 tahun lepas. Masa tu tengok kawan dah ada blog masing-masing so aku pun dengan susah payahnya bangunkan blog aku sendiri. Sampai satu tahap rasa agak bosan dan sungguh bosan dan seterusnya amat bosan sampai malas nak conteng blog. Lepas tu terus sunyi sepi, jadi silent reader je. Mungkin sebab sebelum tu takde matlamat yang jelas untuk berblog.
Sekarang tora datang lagi!.. Apa barang main senyap-senyap je kan. Matlamat aku sekarang ni nak kuasai dunia. Hohoho.. Besar betul cita-cita..
Apapun.. Orang kata untuk menguasai dunia perlu menguasai diri sendiri dulu. Happy blogging :)
Assalamualaikum..
Anda ingin belajar ilmu ini? Dalam masa tak sampai 10 saat saya akan mengajar anda satu ilmu pertahanan diri. Sila ikuti langkah-langkah ini:
1. Berdiri di sebelah dinding berdekatan anda.
2. Tolak dinding dengan tangan dan bertahan.
Tahniah!! Anda telah berjaya menguasai ilmu mempertahankan diri.. :)
Bertukar kepada mode serius. Ok. Kita sering kali mendengar berita-berita yang agak ngeri seperti kes rogol, samun, ugut, gangguan seksual, buli, bunuh dan lain-lain seangkatan dengannya. Ngeri kan? Kadang-kadang kita tak ambil kisah mana pun sebab bukan kita yang kena atau orang yang kita sayang. Biasa la tu. Kebanyakan kejadian yang berlaku puncanya daripada diri kita sendiri. Sebabnya kita beri PELUANG kepada mereka untuk melakukan sesuatu ke atas diri kita. Contohnya, tidak peka keadaan sekeliling, bawak handbag sambil catwalk, berpakaian seksi meksi, jalan sorang-sorang dan sebagainya.
Perlu ke belajar ilmu mempertahankan diri? Tapi saya tiap-tiap bulan bayar insuran@takaful..
Memang satu keperluan sebab ianya merupakan satu tuntutan dalam agama iaitu sebagai perisai diri. Ada 2 kaedah untuk dipraktikkan:
1. DOA sebab doa itu kan senjata orang mukmin. Melalui doa kita memohon supaya lindungi diri daripada segala gangguan jin, syaitan, binatang-binatang serta manusia yang berniat khianat ke atas diri kita. Berdoa setiap kali selesai solat.
2. LATIHAN iaitu melatih diri dengan ilmu mempertahankan diri. Tujuannya supaya untuk melatih stamina, speed, skill dan power yang merupakan asas dalam latihan. Andai kata kita diuji Allah, InsyaAllah ianya amat berguna kerana kita telah dilatih dan terlatih.
Perempuan tak perlu menjadi sekuat lelaki untuk mengalahkan lelaki dan jangan mati tanpa melawan. Mati itu pasti, hidup.. InsyaAllah..
Assalamualaikum..
Siapa dah tengok movie ni? Sila angkat kening macam ni.. ^^,
Antara koleksi movie yang aku suka. Okey.. Aku cerita sikit ringkasan cerita..
Ehem2. Movie ni mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang budak bernama Evan Taylor yang berjaya menyatukan semula kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah sejak beliau dilahirkan lagi dengan hanya melalui kuasa muzik. Ok.. ringkasnya.. :p
daddy and mommy
Bagi aku memang best cerita ni (sebab dah suka). Budak yang kelihatan biasa-biasa tetapi mempunyai anugerah yang luar biasa. Hebat kan? First time tengok masa belajar kat U dulu-dulu tapi dah hilang dari koleksi. Nak kena cari semula..
p/s : ada kenangan pahit manis disebalik cerita ni..
Buku menarik untuk dikongsi bulan ni. Untuk baca intro sila tekan SINI.
Dah beli berbulan lepas tapi tak habis baca lagi. Okey.. Selamat membaca.
Assalamualaikum..
Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967
"No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than a registered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services"
Setiap Jurutera Siswazah wajib berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk menjadi seorang jurutera yang sah di sisi undang-undang.
Dekat 2 tahun kawan kerja baru nak daftar dengan BEM. Tak diiktiraf rupanya kerja kawan selama ni tapi nasib baik ada company yang sudi terima kawan. Bukannya apa, dapat gaji kena kumpul untuk settle tunggakan ptptipu ptptn dan yuran belajar dulu.Ingatkan nak tangguhkan dulu bayar ptptn tapi dah dapat surat mahkamah :p
Dah settle 2 target penting dalam hidup (bab hutang). Ada 1 lagi yang belum selesai.
Okey.. Sambung balik buat minit untuk mesyuarat esok.
Assalamualikum..
Terima kasih kepada uncle abg ben dengan segmennya Gegar Blog Julai 2011 kerana berjaya menggegarkan blog-blog yang terlibat melebihi 6.3 skala ricther. Tahniah!!! Walaupun dah tamat semalam, 04-07-11; jam 2 pm, gegaran susulan masih dirasai.
Pada mulanya aku pun tak berapa faham konsep segmen ni. Tapi bila dah join (agak lewat ketahuan) dan nampak ada perubahan positif yang ketara, mungkin itu salah satu objektifnya. Agak-agak lepas ni kalau aku buat segmen sendiri ada sambutan tak? Hehe..
Selamat berkongsi tips dan ilmu bermanfaat. Bak kata ustaz hasrizal "Erti Hidup Pada Memberi" - memaknakan sebuah kehidupan.
Assalamualaikum..
Salam perkenalan semua.
Baru 3 entri dah bleh kasi gegar ke abg ben? Hehe.. Bagi meletup terus pun takpe. Teruskan menyokong barangan buatan tempatan!!