• Home
    • Home alternate
    • Blog no sidebar
    • Blog Masonry
    • Pagination
  • About
    • Typography
    • Shortcodes
    • Archives
    • Grid
    • 404
    • Search Results
    • Form Elements
  • Portfolio
    • Portfolio single
  • Gallery
    • Gallery single
  • Contact

SiPenaHitamPutih

Showing posts with label Kisah Hidup. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Baru-baru ni aku terima satu sms dari sorang perempuan yang mana aku berhajat nak jadikan dia sebagai isteri..

Salam.. Just nak bagitau kalau awak betul-betul ikhlas dengan saya.. Tolong buat hati saya sayang awak sorang je.. Tak guna juga family dah ok tapi hati saya tak sayang awak dan sayangkan orang lain kan.. Maaflah ganggu dan berterus terang..
21.02.2012 / 9.14pm

Sebagai perempuan.. 'sayang' yang macamana korang harapkan daripada seorang lelaki..?
Assalamualaikum..

Berapa kerap kita marah dalam sehari? Samada marah pada diri sendiri atau marahkan orang lain.. Dalam kehidupan seharian kita lihat bos marahkan pekerja, pekerja marahkan bos, kawan marah kawan, ibu bapa marahkan anak-anak, anak-anak kurang ajar marahkan ibu bapa, marahkan pegawai penguasa, kemarahan rakyat kepada pemimpin dan sebagainya. Biasanya mereka dimarahi atas kesilapan yang dilakukan dan mereka yang memarahi pula kerana haknya terganggu.

Siapa suka kalau kena marah kan.. Tipu kalau katakan ada orang suka kena marah. Walaupun luaran nampak cool je tapi dalam diri tetap ada kesan. Perasaan geram, emosi tak stabil, dendam, cakap belakang.. iu yang kerap berlaku sekiranya kita menilai dari sudut negatif. Tapi sekiranya kita menilai dari sudut positif, dengan fikiran yang waras, ada hikmah disebaliknya setiap kejadian yang berlaku. 

Samada sedar atau tidak, apa yang berlaku adalah didikan langsung dari Allah Taala. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang Allah Taala kepada kita..
Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila kita berada di suatu tempat tiba-tiba menyebabkan diri kita insaf buat seketika. Pernah kan? Antaranya melihat kemalangan ngeri, melawat jenazah, berada dalam masjid, ziarah kubur, melihat kaabah, berada di puncak gunung, sesat dalam hutan, melihat anak kecil, melihat orang kurang upaya, berada di rumah anak yatim, duduk di tepi pantai, melawat tempat bersejarah, melakukan kerja-kerja amal dan sebagainya. 

Antara tempat yang membuatkan aku insaf seketika ialah di sini...

sumber: google

WAD HOSPITAL
Assalamualaikum..

Hah? Apa yang patah?.. patah gigi.. patah hati.. patah tangan.. patah tengkuk sampai kena pakai support..?

Buat ke sekian kalinya kad aku dalam dompet patah lagi. Dah banyak kad bank aku patah.. Yang baru ni pun dah nak patah dua. Hmm.. lari topik jap..

Aksesori yang biasanya aku bawak bila keluar.. Jam tangan pakai tangan kiri, handphone poket kiri depan, kunci poket kanan depan, dompet poket kanan belakang dan sikat poket kiri belakang. Serius kalau tukar tempat rasa tak selesa sebab dah terbiasa..

Ok.. sambung balik. Adakah punggung aku setajam pisau sehingga berjaya mematahkan kad dalam dompet? Hahaha.. Hmm.. atau perlu ke jadikan handbag sebagai aksesori tambahan..? Auww..
Assalamualaikum..

Suatu petang yang tenang tetiba kedengaran suara si yuna.. cinta.. apakah tandanya ooo.. aku pun capai handphone dan berlakulah perbualan berikut:

Gadis Manis:
Helllo.. selamat petang.. saya gadis manis dari bank cina india melayu bersatu. En Monolog..

Monolog:
Ye cik..

Gadis Manis:
Kami menawarkan pakej insurans bla.. bla.. bla..

Monolog:
Hmm.. Ok..

Gadis Manis:
Encik terpilih untuk mendapatkan pakej insuran istimewa pada kadar harga murah.. bla.. bla.. Pemotongan akan dibuat melalui gaji.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Syarikat saya ada skim perlindungan takaful untuk staf, ada medical card..

Gadis Manis:
Betul encik.. tapi pakej kami ada.. bla.. bla.. Encik berkerja sebagai apa ye?

Monolog:
Saya kuli je..

Gadis Manis:
Alah encik.. setakat rm50 sebulan tak terjejaskan gaji encik.. bla.. bla..

Monolog:
Betul tu.. tapi saya ada perancangan lain.. nak kawin lagi..

Gadis Manis:
Takpe.. sikit je tu.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Kat setiap cawangan ada kan..

Gadis Manis:
Haah.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Nanti ada masa saya terus pergi kat cawangan yang terdekat..

Gadis Manis:
Tapi encik kita buat melalui telepon.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Kalau gitu boleh beri masa saya fikir dulu..

Gadis Manis:
Tapi encik.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Bagi masa saya fikir dulu k..

Gadis Manis:
Hmm.. terima kasih beri masa ya.. bla.. bla.. bla..

Mesti korang pernah alami perkara sama kan. Aku respect betul gadis manis ni dengan kepetahan beliau berkata-kata. Lancar dan tak tersasul langsung. Memang niat aku tak nak masuk pun tapi tak sampai hati nak letak telepon. Dalam tempoh 10-15 minit perbualan aku rasa bahagian aku 2 minit je.. selebihnya dia punya..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 2, 3 hari ini ramai orang hati senang sebab gaji dah masuk termasuklah aku. Macam biasa aku akan buat perancangan untuk pengurusan kewangan diri macam formula di atas. 

PENDAPATAN $$$ - SIMPANAN $ = BELANJA $$

Dapat je gaji kena settle perkara penting dulu.. bayar kereta, sewa rumah, bayar bil, duit kampung, maintenance dan kemudian agihkan duit untuk makan. Untuk simpanan biasanya masukkan ke dalam tabung haji siap-siap sebab tak nak campur sekali dengan duit belanja. Target aku untuk simpanan 1/3 daripada gaji tapi memang payah nak capai kalau takde komitmen yang tinggi. Baki yang tinggal baru buat belanja. Senang kan..

Tapi kadang-kadang atas kertas memang nampak cantik. Sampai hujung bulan duit cukup-cukup makan kalau mengharapkan gaji semata-mata. Sebab tu kita kena cari alternatif sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam aku ni lagi la.. nak cari duit untuk kahwin lagi... Oh! mama.. aku mahu kahwin.. !!
Assalamualaikum.. Pagi!

Anda pemandu berhemah? Kadang-kadang ya, selalunya tidak.. Hehe. Biasanya kalau kita tengah memandu kemudian ada kereta memberi signal untuk masuk ke laluan kita, apa tindakan kita seterusnya? Memberi laluan atau merapatkan kenderaan kita ke kenderaan dihadapan. Kebanyakannya terjadi di traffic light, di persimpangan jalan dan jalan sesak. Pemandu tersebut berharap agar kita memberi laluan tetapi kita dengan ego teruskan jalan macam biasa.. Banyak berlaku tapi bukan semua pemandu begitu. Sebab orang yang ego biasanya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Kadang-kadang masa tu jugak Allah Taala memberikan pengajaran.. Selamat bertugas!


Assalamualaikum.. Pagi!

Jumaat lepas office aku ada buat sesi penambahbaikan modal insan berkenaan tajuk pengurusan ekonomi dan menjemput seorang ustaz untuk beri ceramah. Ini adalah salah satu usaha pihak pengurusan untuk membentuk jiwa dan peribadi para pekerja.. tapi ramai jugak staff yang tak hadir. Aku pun masuk agak lewat.. but better late than never.. :)

Part yang agak best apabila ustaz menyentuh berkenaan bulan puasa. Katanya masa zaman Rasullullah S.A.W, baginda akan mengucapkan tahniah kepada para sahabat apabila hampir menjelang bulan ramadhan kerana mereka berjaya untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Sepatutnya sekarang kita ikut contoh baginda dengan menghantar ucapan sms, masjid-masjid pasangkan banner dan sebagainya.

Tapi kalau kita tengok sekarang pasaraya Tunas Manja, Giant.. diorang dah awal-awal lagi pasang banner ucap selamat berpuasa.. Lagi advance dari orang islam..
Assalamualaikum..

Suatu ketika dulu guru aku pernah berpesan,"...jangan miskin cita-cita...". Apa yang aku faham dari kata-kata beliau ialah untuk berjaya dalam hidup kita kena ada banyak cita-cita, kena pasang impian dan ada matlamat yang jelas. Hidup kena ada visi dan misi. Fikiran kena sentiasa terbuka dan positif - dah macam motivator la pulak kan.

Ok. Dulu aku pernah pasang impian untuk buat sajak sehari sekali. Masa tu memang tengah semangat dan berjaya siapkan 3 dalam masa 3 hari.. Maknanya dalam sebulan dapat dalam 25~30 keping. Target nak buat 1000 kemudian bukukan jadi harta pusaka. Hari keempat dah takde idea.. hari kelima... dan hari seterusnya terus senyap. Semangat pun hilang entah ke mana.. Kemudian pernah pasang impian nak jadi tukang masak lepas tengok cerita korea. Lupa dah tajuk dia.. Pasal perempuan sihir tu. Impian sekadar mimpi je... 

Itulah banyak cita-cita sampai jadi angan-angan mat jenin..
Assalamualaikum.. Pagi!

Alhamdulillah.. Emak aku dapat cucu kedua. Namanya Sharifah Qaisara Raudhad. Orang sekarang suka letak nama panjang-panjang kan tapi panggil Sara je. Cucu pertama nama Puteri Awatif Batrisyia dan panggil Atif.. Hehe. Pun panjang jugak 3 perkataan. Dah nak masuk 2 tahun. Dua-dua anak buah aku ni perempuan. Tak kesian ke kat anak nanti bila dah besar nak tulis nama sendiri panjang-panjang.. Hurmm..

Yang baru keluar tu akak dan sorang lagi abang. Aku anak yang ke-3. Kalau ikut turn lepas ni aku la pulak kahwin. Mak aku pun dah doakan supaya cepat kahwin. Amin.. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Lagipun muda lagi.. Calon pun takde lagi. Haha.. Tengah kumpul bajet la ni mak..

Member aku dapat anak rileks je bagi nama anak Nuh.. Bukan 3 perkataan tapi 3 huruf je. N-U-H.

Kan senang di kemudian hari. O_o
Assalamualaikum..

Soalan cepu emas yang biasanya ditanya semasa sesi temuduga.

Apakah kelebihan yang ada pada diri anda?

Mudah kan? Ok.. Cuba jawab..
Nampak mudah tapi kadang-kadang tergagap jugak nak jawab.

Baru-baru ni semasa berborak dengan officemate:

Officemate:
Masa aku interview dulu Puan HR tanya apa kelebihan aku.

Monolog:
Apa ko jawab?

Officemate:
Kelebihan aku.. aku belajar dari kesilapan. Setiap kali aku buat silap aku akan tengok balik kat mana kesilapan aku. Dari situ aku belajar dan tak akan ulangi kesilapan sama. 

Monolog:
Best bro jawapan tu. Nanti boleh aku pinjam ayat tu.. hehe

Kelebihan aku? Hmm.. Biasanya aku akan lihat kepada pekerjaan yang dimohon. Contohnya baru-baru ni semasa hadir satu temuduga untuk jawatan sebagai pegawai pemeriksa, jawapan yang diberikan "aku seorang yang tegas", kemudian beri penerangan "apabila tugas melibatkan penguatkuasaan memerlukan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas".

p/s: tahniah buat harimau malaya kalah bermaruah 3-5 kepada singapura!!
Assalamualaikum..

Hidupnya kita doa
Hidupnya kita kenang
Matinya kita doa
Matinya kita lagi kenang...
Assalamualaikum..

"Untuk mendapatkan ilmu lihat pada bekasnya. Sekiranya bekas sebesar cawan, sebanyak mana sekalipun air yang dicurahkan sehingga melimpah, airnya tetap sebanyak itu. Sekiranya bekas sebesar baldi, sebanyak itulah air yang terkumpul dan begitulah selanjutnya"

Begitulah analogi yang diberikan oleh seorang guru lama kepada anak muridnya. Ilmu itu ibarat air dan bekas itu ibarat empunya diri. Sebanyak mana sekalipun ilmu yang dicurahkan oleh guru lama tetapi bekasnya hanya sebesar cawan, maka sebanyak itulah ilmu yang diperolehi. Setiap daripada kita mempunyai bekas yang berbeza dan saiznya boleh berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan keperluan. Ingat pesan guru lama!
Assalamualaikum..

Ini kisah Si Orang Tua. Usianya kini menjengah pencen. Gerak langkahnya lagak pahlawan. Penampilannya jangan dipersoal. Percakapannya kurang lancar, tapi pegalaman kerja jelas terpancar sebagai seorang juruteknik. Dahulu dirinya digelar coach kerna mengajarku bermain badminton. Itu dulu, cerita lama. Oh lupe.. Rosli Mahadi namaya a.k.a En. Li..

Tapi Si Tua ini sangat beremosi. Faktor umur barangkali.. 'Bodoh!' itu ungkapan biasa baginya. Tanpa mengenal pangkat dan darjat. Diherdik umpama 'orang bawahan'nya padahal orang itu berjawatan tinggi. Kesian.. Kesian Si Tua ini. Masih belum mengenal dunia walaupun dirimu diragut usia. Masih belum mengenal langit.. tinggi atau rendah.

Semoga Allah Taala melembutkan hatimu dengan penuh sifat pengasih dan penyayang..
Assalamualaikum.. Pagi!!

Pekerjaan itu satu amanah manakala amanah itu satu tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat. Nampak macam mudah tapi nak laksanakan sangat susah dicampur pulak dengan gangguan nafsu, syaitan dan manusia di sekeliling kita.

Kita dibayar gaji untuk berkerja contohnya selama 8 jam, pergi kerja 8 pagi dan balik 5 petang. Dalam tempoh 8 jam berapa lama masa yang digunakan untuk bekerja? Hmm.. Minum pagi, update blog, bergosip, mengular, hisap rokok, rehat dan seangkatan dengannya. Jadi.. berapa lama masa yang tinggal untuk bekerja. Ingat! Kita dibayar selama 8 jam untuk bekerja. Itulah beratnya amanah. Belum lagi tanya soal amanah kita sebagai khalifah di bumi Allah Taala ni. 

Tapi bila dah mengadap screen komputer ni tangan terasa gatal la pulak nak intai-intai blog kejap. Aku hanyalah insan biasa yang tak bisa melakukan kesilapan. Selamat berkerja dengan hati yang ikhlas!
Assalamualaikum.. Fuhh! Penat camping semalam tak hilang lagi.

Pengalaman adalah guru terbaik mengajar tentang kehidupan. Pengalaman yang baik dijadikan pedoman manakala pengalaman yang kurang baik dijadikan sebagai peringatan dan sempadan supaya kita menjadi lebih peka. Semalam dapat pengalaman baru pergi tarik pukat. Ada yang pernah buat? O_O

Nampak macam senang tapi bila buat baru tahu penat. Mula dalam jam 10 malam sampai pukul 1.30 pagi. Masuk pantai, kemudian buat pukat bentuk curve dan tarik ke pantai, seterusnya ulang-ulang sampai pagi. Syok ooo... Tapi ikan tak dapat banyak sebab baling dekat dengan pantai. Lepas ni plan naik bot pulak boleh baling jauh sikit. Patut la kalau tengok tangan nelayan dah tak payah pergi gym sebab hari-hari tarik pukat.

Untungnya berkawan dengan orang latar belakang pelbagai walaupun dengan tukang sapu sampah atau orang bawahan di tempat kerja dan jangan terlalu memilih kawan. Sebab pengalaman hidup mereka berbeza dangan kita dan ada yang sudi berkongsi pengalaman. Gunalah peluang yang ada sebaik mungkin.
Assalamualaikum..

Aku memang pencinta wanita tapi ku bukan biawak buaya. Semenjak mula berblogging pada 26-06-2011, aku dikelilingi golongan wanita samada dari kalangan budak sekolah, IPT, ibu-ibu, tentera, profesional dan yang menganggur pun ada. Walaupun golongan sespesis pun ada tapi minoriti. Kebanyakan daripada mereka pengikut setia B.A sebab aku pun bermula dari situ. Mungkin rata-rata follower B.A terdiri daripada kaum hawa? Hmm.. maybe la kan..

2 hari lepas sahabat baik aku baru je kehilangan bonda tersayang. Setelah menjalani beberapa siri kemoterapi, akhirnya rohnya kembali mengadap Ilahi. Dalam gurau ada senda, dalam suka ada duka. Setiap saat di sekeliling kita samada kita sedar atau tidak kematian pasti berlaku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. ~Al-Fathihah~

Kadang kala apa yang ada dihadapan kita tidak dihargai, tetapi bila kehilangan baru terasa kehadirannya. Belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat walaupun tak dapat apa yang kita suka. Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup! Aku pencinta wanita.
Assalamualaikum..

Ini bukan pasal toyol yang kecik-kecik, botak,  green color dan suka curi duit orang tu. Tapi kisah toyol yang masuk sekolah punya. Kadang-kadang sekolah rendah pun ada, sekolah menengah dan sampai peringkat U pun ada jugak. Biasanya masa exam memang banyak la orang bela toyol ni. Ngerti kamu?

Aku pun pernah buat dulu. Bila nak exam je ada la selit mana-mana nota kat tempat 'sulit'. Makin tinggi belajar makin tinggi la tahap kreativitinya. Ada yang masukkan celah pen, dalam poket, tulis kat tangan dan yang agak menghina sorok nota dalam tandas. Memang kreatif dan inovatif.

Itu kisah dulu-dulu. Tapi kalau fikir soal keberkatan, agak-agak berkat tak? Contohnya jika si polan ni mula meniru di peringkat sekolah menengah lagi. Dapat sijil SPM hasil meniru. Kemudian masuk ke U hasil daripada keputusan SPM meniru. Setiap exam selama 4 tahun belajar si polan suka meniru. Seterusnya dapat certificate hasil daripada meniru. Habis belajar dapat kerja menggunakan kelulusan U. Dapat hasil/gaji digunakan untuk makan, beli itu beli ini, kahwin dan seterusnya dapat anak. Nampak berantai kan?

Si anak seterusnya mewarisi kehebatan bapaknya yang suka meniru tapi kurang sikit kreatifnya sampai terkantoi. Bila bapaknya dimaklumkan cikgu anaknya kena cekup sebab meniru masa exam... (dah meleret-leret la pulak kan. Kalau buat segmen sambung cerita ok gak ni)

Moralnya kepada korang yang still belajar ni kan sampai la ke peringkat U, buanglah tabiat suka meniru ni. Happy sekarang tapi merana kemudian. Mungkin sekarang ni tak nampak kesannya. Bak kata Stephen Covey, "Begin with the end in mind".
Assalamualaikum..

Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967
"No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than a registered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services"

Setiap Jurutera Siswazah wajib berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk menjadi seorang jurutera yang sah di sisi undang-undang.

Dekat 2 tahun kawan kerja baru nak daftar dengan BEM. Tak diiktiraf rupanya kerja kawan selama ni tapi nasib baik ada company yang sudi terima kawan. Bukannya apa, dapat gaji kena kumpul untuk settle tunggakan ptptipu ptptn dan yuran belajar dulu. Ingatkan nak tangguhkan dulu bayar ptptn tapi dah dapat surat mahkamah :p 

Dah settle 2 target penting dalam hidup (bab hutang). Ada 1 lagi yang belum selesai. 

Okey.. Sambung balik buat minit untuk mesyuarat esok.
Assalamualikum..

Terima kasih kepada uncle abg ben dengan segmennya Gegar Blog Julai 2011 kerana berjaya menggegarkan blog-blog yang terlibat melebihi 6.3 skala ricther. Tahniah!!! Walaupun dah tamat semalam, 04-07-11; jam 2 pm, gegaran susulan masih dirasai. 

Pada mulanya aku pun tak berapa faham konsep segmen ni. Tapi bila dah join (agak lewat ketahuan) dan nampak ada perubahan positif yang ketara, mungkin itu salah satu objektifnya. Agak-agak lepas ni kalau aku buat segmen sendiri ada sambutan tak? Hehe..

Selamat berkongsi tips dan ilmu bermanfaat. Bak kata ustaz hasrizal "Erti Hidup Pada Memberi" - memaknakan sebuah kehidupan.
  • Older posts →

About Me

Labels
  • Bangsaku
  • Blog
  • Buku
  • Ilmu
  • Karya
  • Kisah Hidup
  • Lagu
  • Macam-Macam Hal
  • Movie
  • Politik
  • Produk
  • Segmen
  • Soal Hati

Recent Posts

Instagram


RSS Feed

Facebook

Popular Posts

  • GEGAR BLOG JULAI 2011
  • SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER
  • BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
  • BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?
  • BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Bloggers Pilihan

  • BEN ASHAARI
    Aku suka kopi tapi terpaksa berhenti minum !
    2 days ago
  • Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis
    5 PENANDA DARAH YANG BOLEH MERAMALKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN
    2 weeks ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    2 years ago
  • BERSAMA MAZIDUL
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    10 years ago

Text Widget

Pelawat

Powered by Blogger.

SiPenaHitamPutih

SiPenaHitamPutih

Blog Archive

  • ▼  2013 (4)
    • ▼  December (2)
      • ▼  Dec 05 (1)
        • Banjir @ Kuantan # Gelombang 3
      • ►  Dec 03 (1)
    • ►  November (2)
      • ►  Nov 30 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 19 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 25 (1)
  • ►  2011 (59)
    • ►  July (59)
      • ►  Jul 30 (1)
      • ►  Jul 28 (2)
      • ►  Jul 27 (2)
      • ►  Jul 26 (4)
      • ►  Jul 25 (4)
      • ►  Jul 24 (3)
      • ►  Jul 23 (4)
      • ►  Jul 22 (3)
      • ►  Jul 21 (4)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 19 (2)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 17 (3)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 15 (3)
      • ►  Jul 14 (6)
      • ►  Jul 13 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 11 (2)
      • ►  Jul 10 (3)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (3)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 03 (1)

Assalamualaikum

My photo
SiPenaHitamPutih
View my complete profile

Rakan Bloggers

Labels

  • Bangsaku
  • Blog
  • Buku
  • Ilmu
  • Karya
  • Kisah Hidup
  • Lagu
  • Macam-Macam Hal
  • Movie
  • Politik
  • Produk
  • Segmen
  • Soal Hati

Blog Archive

Get In Touch

SiPenaHitamPutih
  • HOME
  • ABOUT ME
Created by ThemeXpose. All Rights Reserved.