• Home
    • Home alternate
    • Blog no sidebar
    • Blog Masonry
    • Pagination
  • About
    • Typography
    • Shortcodes
    • Archives
    • Grid
    • 404
    • Search Results
    • Form Elements
  • Portfolio
    • Portfolio single
  • Gallery
    • Gallery single
  • Contact

SiPenaHitamPutih

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Banjir sekitar bandar Kuantan semakin surut. Kawasan rendah masih lagi dalam peringkat berjaga-jaga. Air sekitar rumah aku pun dah surut sekitar jam 4 petang tadi. Syukur paras air sehingga peha sahaja. Ada kawasan atap bumbung pun tak nampak. Kekecohan masih lagi kedengaran di sesetengah pusat penempatan banjir terutama berkaitan keperluan asas. Setakat jam ini dua orang mangsa banjir telah meninggal mati lemas. Al-Fatihah... Gelombang ke-3 bermula lewat malam Selasa-03.12.14 apabila air laut mula pasang besar. Hari Rabu-04.12.14 pagi kebanyakan kawasan sekitar Kuantan ditenggelami air dan bekalan elektrik serta air telah putus di beberapan kawasan. Arus deras dan kenaikan air mendadak menyebabkan kebanyakan mangsa hanya sempat menyelamatkan diri dan sehelai sepinggang ke pusat penempatan banjir. Ada yang menyatakan banjir kali ini yang terburuk dalam tempoh 30 tahun. Malam ini dijangka air pasang akan bermula lewat tengah malam. Mudah-mudahan tiada perkara buruk berlaku.

Maklumat lanjut berkaitan banjir di Kuantan di SINI.









Assalamualaikum..

Semoga bumi Kuantan selamat dari segala ujian kecil mahupun besar.. Amin. Banjir di Kuantan masuk hari ke-2. Semalam sekitar jam 5 petang gelombang pertama melanda Kuantan. Paras air sekitar rumah sewa aku naik tapi takde la tinggi sangat. Birai-birai nak masuk rumah.. kata orang Temerloh. Hoho. Pukul 5.15 terus balik rumah redah air. Kereta pun semput-semput. Nasib je tak mati tengah jalan. Pagi tadi paras air naik lagi dan dalam kul 12.30 tengah hari air dah boleh masuk rumah. Kereta pun dah selamat parked tempat tinggi. Budak-budah apa lagi.. pesta air la. Dah la air longkang :p. Nasib tak pergi kerja harini. Cadang nak halfday tapi dah banjir alang-alang fullday terus. Malam ni jangka air pasang besar. So hati-hati semua..


02-12-2013 # Gelombang 1

Birai-birai masuk rumah

03-12-2013 # Gelombang 2

Kawasan rumah

Dah sampai pintu masuk
 
Yuhuu.. main air

Benteng pecah ombak

Rumah sewa gua

Nasib rumah aku tingkat atas. So rumah bawah je la yang masuk air. Kalau dah sampai tingkat atas satu Kuantan dah tenggelam. Hihi..
Assalamualaikum..

Aktiviti aku setiap kali balik kampung hujung minggu ialah masuk hutan + tebang pokok + buat jambatan.. Hoho. Lepas ni boleh la main kayak + memancing. Kerja-kerja tebang pokok pun hampir 95% siap. Lepas ni sewa case untuk rata kan tanah pulak. Projek 2014 Insya Allah kalau jadi nak bina 2 unit rumah semi-d guna pakai bata IBS. Projek mega cadang nak buat chalet.. Hoho. Cita-cita besar takpe.. tak perlu keluar modal $$ pun..

Lokasi tapak

Jambatan Kayu

Ketika air pasang

Assalamualaikum..

Fuhh!!.. Selesai sudah misi meng'update' blog. Dah bersawang sebab lama tak jenguk. So memandangkan bulan November pun dah nak habis dan seterusnya masuk bulan Disember.. kemudian Januari 2014. Hohoho.. Umur makin meningkat, kerja makin banyak, study tak habis lagi, berat pun makin bertambah.. huhu.

Misi untuk tahun 2014:-
1. Habiskan study
2. Masuk rumah baru
3. Mulakan bisnes JV
4. Upgrade body
5. Kahwin  >> 2015 kot..
6. .................
7. .................

Hmm..??
Assalamualaikum dan selamat hari rabu..

Apa kaitan tarikh keramat 20.12.2012 dengan aku..? Hmmm... Masih ada 4 hari lagi untuk siapkan assigment.. Hihi. Chayok!!!

Iklan :)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Baru-baru ni aku terima satu sms dari sorang perempuan yang mana aku berhajat nak jadikan dia sebagai isteri..

Salam.. Just nak bagitau kalau awak betul-betul ikhlas dengan saya.. Tolong buat hati saya sayang awak sorang je.. Tak guna juga family dah ok tapi hati saya tak sayang awak dan sayangkan orang lain kan.. Maaflah ganggu dan berterus terang..
21.02.2012 / 9.14pm

Sebagai perempuan.. 'sayang' yang macamana korang harapkan daripada seorang lelaki..?
Assalamualaikum..

Wasiat Imam Syafie

Nama sebenar:
Muhammad Bin Idris

Umur:
9 tahun hafal qur'an
15 tahun sebagai mufti di masjidil haram

Wasiat
1. Amal soleh sebagai perisai.
2. Berbakti kepada ibu bapa.
3. Benteng Iman dengan 5 kekuatan:

a) Yakin
b) Ikhlas
c) Mengerjakan amalan sunat
d) Istiqamah beramal
e) Berdisiplin dalam melaksanakan ibadah
Assalamualaikum..

Nak join sila klik SINI!

Cepat sangat sampai tak terpikir nak tulis ape.. Hmm.. Harap malam ni tak hujan sebab nak berbbq sambil tengok harimau malaya belasah singapore 3-0..
Assalamualaikum..

Berapa kerap kita marah dalam sehari? Samada marah pada diri sendiri atau marahkan orang lain.. Dalam kehidupan seharian kita lihat bos marahkan pekerja, pekerja marahkan bos, kawan marah kawan, ibu bapa marahkan anak-anak, anak-anak kurang ajar marahkan ibu bapa, marahkan pegawai penguasa, kemarahan rakyat kepada pemimpin dan sebagainya. Biasanya mereka dimarahi atas kesilapan yang dilakukan dan mereka yang memarahi pula kerana haknya terganggu.

Siapa suka kalau kena marah kan.. Tipu kalau katakan ada orang suka kena marah. Walaupun luaran nampak cool je tapi dalam diri tetap ada kesan. Perasaan geram, emosi tak stabil, dendam, cakap belakang.. iu yang kerap berlaku sekiranya kita menilai dari sudut negatif. Tapi sekiranya kita menilai dari sudut positif, dengan fikiran yang waras, ada hikmah disebaliknya setiap kejadian yang berlaku. 

Samada sedar atau tidak, apa yang berlaku adalah didikan langsung dari Allah Taala. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang Allah Taala kepada kita..
Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila kita berada di suatu tempat tiba-tiba menyebabkan diri kita insaf buat seketika. Pernah kan? Antaranya melihat kemalangan ngeri, melawat jenazah, berada dalam masjid, ziarah kubur, melihat kaabah, berada di puncak gunung, sesat dalam hutan, melihat anak kecil, melihat orang kurang upaya, berada di rumah anak yatim, duduk di tepi pantai, melawat tempat bersejarah, melakukan kerja-kerja amal dan sebagainya. 

Antara tempat yang membuatkan aku insaf seketika ialah di sini...

sumber: google

WAD HOSPITAL
Assalamualaikum..

Hah? Apa yang patah?.. patah gigi.. patah hati.. patah tangan.. patah tengkuk sampai kena pakai support..?

Buat ke sekian kalinya kad aku dalam dompet patah lagi. Dah banyak kad bank aku patah.. Yang baru ni pun dah nak patah dua. Hmm.. lari topik jap..

Aksesori yang biasanya aku bawak bila keluar.. Jam tangan pakai tangan kiri, handphone poket kiri depan, kunci poket kanan depan, dompet poket kanan belakang dan sikat poket kiri belakang. Serius kalau tukar tempat rasa tak selesa sebab dah terbiasa..

Ok.. sambung balik. Adakah punggung aku setajam pisau sehingga berjaya mematahkan kad dalam dompet? Hahaha.. Hmm.. atau perlu ke jadikan handbag sebagai aksesori tambahan..? Auww..
Assalamualaikum..

Join macam biasa kat SINI


Assalamualaikum..

Suatu petang yang tenang tetiba kedengaran suara si yuna.. cinta.. apakah tandanya ooo.. aku pun capai handphone dan berlakulah perbualan berikut:

Gadis Manis:
Helllo.. selamat petang.. saya gadis manis dari bank cina india melayu bersatu. En Monolog..

Monolog:
Ye cik..

Gadis Manis:
Kami menawarkan pakej insurans bla.. bla.. bla..

Monolog:
Hmm.. Ok..

Gadis Manis:
Encik terpilih untuk mendapatkan pakej insuran istimewa pada kadar harga murah.. bla.. bla.. Pemotongan akan dibuat melalui gaji.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Syarikat saya ada skim perlindungan takaful untuk staf, ada medical card..

Gadis Manis:
Betul encik.. tapi pakej kami ada.. bla.. bla.. Encik berkerja sebagai apa ye?

Monolog:
Saya kuli je..

Gadis Manis:
Alah encik.. setakat rm50 sebulan tak terjejaskan gaji encik.. bla.. bla..

Monolog:
Betul tu.. tapi saya ada perancangan lain.. nak kawin lagi..

Gadis Manis:
Takpe.. sikit je tu.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Kat setiap cawangan ada kan..

Gadis Manis:
Haah.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Nanti ada masa saya terus pergi kat cawangan yang terdekat..

Gadis Manis:
Tapi encik kita buat melalui telepon.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Kalau gitu boleh beri masa saya fikir dulu..

Gadis Manis:
Tapi encik.. bla.. bla.. bla..

Monolog:
Bagi masa saya fikir dulu k..

Gadis Manis:
Hmm.. terima kasih beri masa ya.. bla.. bla.. bla..

Mesti korang pernah alami perkara sama kan. Aku respect betul gadis manis ni dengan kepetahan beliau berkata-kata. Lancar dan tak tersasul langsung. Memang niat aku tak nak masuk pun tapi tak sampai hati nak letak telepon. Dalam tempoh 10-15 minit perbualan aku rasa bahagian aku 2 minit je.. selebihnya dia punya..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 2, 3 hari ini ramai orang hati senang sebab gaji dah masuk termasuklah aku. Macam biasa aku akan buat perancangan untuk pengurusan kewangan diri macam formula di atas. 

PENDAPATAN $$$ - SIMPANAN $ = BELANJA $$

Dapat je gaji kena settle perkara penting dulu.. bayar kereta, sewa rumah, bayar bil, duit kampung, maintenance dan kemudian agihkan duit untuk makan. Untuk simpanan biasanya masukkan ke dalam tabung haji siap-siap sebab tak nak campur sekali dengan duit belanja. Target aku untuk simpanan 1/3 daripada gaji tapi memang payah nak capai kalau takde komitmen yang tinggi. Baki yang tinggal baru buat belanja. Senang kan..

Tapi kadang-kadang atas kertas memang nampak cantik. Sampai hujung bulan duit cukup-cukup makan kalau mengharapkan gaji semata-mata. Sebab tu kita kena cari alternatif sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam aku ni lagi la.. nak cari duit untuk kahwin lagi... Oh! mama.. aku mahu kahwin.. !!
Assalamualaikum..

Engkau hadir tanpa pinta,
Tika itu... Hadirmu satu anugerah.

Engkau ucap tanpa kata,
Tika itu... Hanya tangisan membelah ruang.

Engkau menapak tanpa jejak,
Tika itu... Hanya tangan mengapai awan.

Engkau sentuh tanpa belaian,
Tika itu... Sentuhanmu sesuci hatimu.

Akhirnya engkau pergi tanpa pesan,
Dan tika itu...
Kelahiranmu disambut kepulangan.
Assalamualaikum..


Ini kali kedua blog aku dibuka secara khusus untuk dikritik. Kali pertama kena kaw-kaw kat SINI. Selamat menjadi pengkritik yang berhemah. Nak join sila klik SINI.
Assalamualaikum..

Makna itu pengertian
Pengertian bagi suatu maksud

Tanpa makna
Pengertian itu kosong

Maksud terbantut
Semuanya serabut

Dengan makna
Pengertian itu jelas

Maksud terurai
Kekusutan terlerai

Makna tanpa makna
Pengertian jadi songsang

Di kala itu...
Maksud tidak lagi bernilai
Assalamualaikum.. Pagi!

Anda pemandu berhemah? Kadang-kadang ya, selalunya tidak.. Hehe. Biasanya kalau kita tengah memandu kemudian ada kereta memberi signal untuk masuk ke laluan kita, apa tindakan kita seterusnya? Memberi laluan atau merapatkan kenderaan kita ke kenderaan dihadapan. Kebanyakannya terjadi di traffic light, di persimpangan jalan dan jalan sesak. Pemandu tersebut berharap agar kita memberi laluan tetapi kita dengan ego teruskan jalan macam biasa.. Banyak berlaku tapi bukan semua pemandu begitu. Sebab orang yang ego biasanya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Kadang-kadang masa tu jugak Allah Taala memberikan pengajaran.. Selamat bertugas!


Assalamualaikum.. Pagi!

Jumaat lepas office aku ada buat sesi penambahbaikan modal insan berkenaan tajuk pengurusan ekonomi dan menjemput seorang ustaz untuk beri ceramah. Ini adalah salah satu usaha pihak pengurusan untuk membentuk jiwa dan peribadi para pekerja.. tapi ramai jugak staff yang tak hadir. Aku pun masuk agak lewat.. but better late than never.. :)

Part yang agak best apabila ustaz menyentuh berkenaan bulan puasa. Katanya masa zaman Rasullullah S.A.W, baginda akan mengucapkan tahniah kepada para sahabat apabila hampir menjelang bulan ramadhan kerana mereka berjaya untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Sepatutnya sekarang kita ikut contoh baginda dengan menghantar ucapan sms, masjid-masjid pasangkan banner dan sebagainya.

Tapi kalau kita tengok sekarang pasaraya Tunas Manja, Giant.. diorang dah awal-awal lagi pasang banner ucap selamat berpuasa.. Lagi advance dari orang islam..
Assalamualaikum..

Suatu ketika dulu guru aku pernah berpesan,"...jangan miskin cita-cita...". Apa yang aku faham dari kata-kata beliau ialah untuk berjaya dalam hidup kita kena ada banyak cita-cita, kena pasang impian dan ada matlamat yang jelas. Hidup kena ada visi dan misi. Fikiran kena sentiasa terbuka dan positif - dah macam motivator la pulak kan.

Ok. Dulu aku pernah pasang impian untuk buat sajak sehari sekali. Masa tu memang tengah semangat dan berjaya siapkan 3 dalam masa 3 hari.. Maknanya dalam sebulan dapat dalam 25~30 keping. Target nak buat 1000 kemudian bukukan jadi harta pusaka. Hari keempat dah takde idea.. hari kelima... dan hari seterusnya terus senyap. Semangat pun hilang entah ke mana.. Kemudian pernah pasang impian nak jadi tukang masak lepas tengok cerita korea. Lupa dah tajuk dia.. Pasal perempuan sihir tu. Impian sekadar mimpi je... 

Itulah banyak cita-cita sampai jadi angan-angan mat jenin..
  • Older posts →
  • ← Newer Posts

About Me

Labels
  • Bangsaku
  • Blog
  • Buku
  • Ilmu
  • Karya
  • Kisah Hidup
  • Lagu
  • Macam-Macam Hal
  • Movie
  • Politik
  • Produk
  • Segmen
  • Soal Hati

Recent Posts

Instagram


RSS Feed

Facebook

Popular Posts

  • GEGAR BLOG JULAI 2011
  • SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER
  • BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
  • BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?
  • BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Bloggers Pilihan

  • BEN ASHAARI
    Kenapa aku berhenti ambil whey protein ?
    1 week ago
  • Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis
    NASI UNTUK PESAKIT METABOLIK
    1 week ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    3 years ago
  • BERSAMA MAZIDUL
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    11 years ago

Text Widget

Pelawat

Powered by Blogger.

SiPenaHitamPutih

SiPenaHitamPutih

Blog Archive

  • ▼  2013 (4)
    • ▼  December (2)
      • ▼  Dec 05 (1)
        • Banjir @ Kuantan # Gelombang 3
      • ►  Dec 03 (1)
    • ►  November (2)
      • ►  Nov 30 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 19 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 25 (1)
  • ►  2011 (59)
    • ►  July (59)
      • ►  Jul 30 (1)
      • ►  Jul 28 (2)
      • ►  Jul 27 (2)
      • ►  Jul 26 (4)
      • ►  Jul 25 (4)
      • ►  Jul 24 (3)
      • ►  Jul 23 (4)
      • ►  Jul 22 (3)
      • ►  Jul 21 (4)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 19 (2)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 17 (3)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 15 (3)
      • ►  Jul 14 (6)
      • ►  Jul 13 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 11 (2)
      • ►  Jul 10 (3)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (3)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 03 (1)

Assalamualaikum

My photo
SiPenaHitamPutih
View my complete profile

Rakan Bloggers

Labels

  • Bangsaku
  • Blog
  • Buku
  • Ilmu
  • Karya
  • Kisah Hidup
  • Lagu
  • Macam-Macam Hal
  • Movie
  • Politik
  • Produk
  • Segmen
  • Soal Hati

Blog Archive

Get In Touch

SiPenaHitamPutih
  • HOME
  • ABOUT ME
Created by ThemeXpose. All Rights Reserved.