Assalamualaikum..
Apa tanda melayu jati
Bersama islam sehidup semati
Apa tanda melayu jati
Islam melekat di dalam hati
Apa tanda melayu bertuah
Sebarang laku menurut sunnah
Apa tanda melayu bertuah
Hidup mesti bersama aqidah
Apa tanda melayu berakal
Dalam islam dia beramal
(disampaikan oleh Mohd Noor Hj Abdul Samad)
Alhamdulillah.. Keharmonian negara tercinta ini masih terpilihara dengan izin Allah S.W.T. Seorang guru tua pernah memberitahu bahawa kita amat bertuah kerana di negara ini masih ada manusia hebat yang mana doanya masih dimakbulkan Allah.
Apakah peranan kita kini sebagai pewaris kepada sebuah bangsa hebat suatu ketika dahulu sehinggakan dicemburui oleh bangsa penjajah?Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad perpaduan bangsa dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan. Orang melayu mesti memahami sejarah yang dilalui oleh orang melayu di tanah melayu, negaranya sendiri supaya dia tidak mengelirukan bangsanya sendiri. Bangsa yang tidak mengenal sejarahnya akan bernasib malang kerana bangsa itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan dan tragedi lampau yang menimpa nasib bangsa itu. Selama 500 tahun barulah orang melayu menerima makna sebenar sebuah kemerdekaan di dalam negaranya sendiri.
2 komen